Apabila menunjukkan keperluan tuntutan secara aman atau tegas, membuka

Apabila
kita membicarakan mengenai konflik etnik perlu difahami bahawa ia bukan berlaku
dalam etnik yang berlainanan malah turut berlaku dalam satu etnik yang sama
kerana dalam satu etnik itu terdapat pelbagai topik yang berkemungkinan  asas kepada tecetusnya permasalahan atau konflik.  Konflik itu sendiri seakan menjadi salah satu
ciri dalam hubungan etnik dan ia merupakan karektor psikologi ras, bangsa atau etnik. Walaupun konflik etnik itu bukanlah perkara yang
dapat diatasi sepenuhnya oleh setiap negara namun dengan berhadapan dengan
konflik inilah ianya dapat menunjukkan keperluan tuntutan secara aman atau
tegas, membuka persoalan untuk memenuhi keperluan etnik atau  perbezaan pandangan di antara etnik .
Amat berbeza di negara yang berada di dalam sistem autoritarian, di mana etnik
minoriti selalunya mereka tidak berpeluang menyuarakan ketidakpuasan
hati.  Ketidakpuasan hati atau keluhan
yang tidak diedah ini merupakan kekecewaan dalam kalangan etnik dan ia membawa
kepada cetusan keganasan.

Oleh yang demikian, maksud keamanan etnik adalah ia langsung tidak
melibatkan peperangan atau keganasan dan tidak bemaksud ketiadaan konflik. 
Apabila menyentuh atau memperkatakan tentang konflik etnik,  ia
tidak semestinya membicarakan mengenai pergaduhan, perkelahian dan
peperangan.  Konflik dan etnik juga berkait apabila membincangkan
mengenai hak etnik serta peluang dalam ekonomi, sosial, politik dan lain-lain
lagi. Namun, diantara etnik-etnik yang ada dalam masyarakat setempat itu,
ia lebih selesa melibatkan konfrantasi apabila adanya isu dan tidak
bersifatkan kekerasan atau peperangan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Masyarakat
yang berfikiran biasa akan cepat meletakkan sesuatu isu dan konflik itu sedang
berlaku konfrantasi apabila perbezaan etnik dibincangkan.  Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa konflik
etnik akan timbuh di mana-mana negera di seluruh dunia.  Sebagai contoh peristiwa yang pernah berlaku
melibatkan konflik etinik di Malaysia adalah Peristiwa 13 Mei 1963, Tragedi
Kampung Rawa di Pulau Pinang dan juga Rusuha mei 1998 di Indonesia.  Semua peristiwa-peristiwa ini berlaku bukan
kerana isu yang remeh.  Ianya timbuh
daripada sejarah, perselisihan faham, dendam yang lama tersemat dihati dan kemudiannya
berlaku peristiwa yang telah meletuskan api kemarahan yang lama dipendam hasil
daripada kekecewaan yang cukup mendalam dan gagal diselesaikan oleh pihak-pihak
yang terlibat.

 

FAKTOR KONFLIK DALAM HUBUNGAN ETNIK

            Setelah diteliti dan dikaji,
pelbagai punca yang menjadi penyebab kepada tercetusnya konflik etnik antaranya
isu identiti atau penentuan nasib diri. 
Hak untuk hidup bebas, aman damai, selesa dan peluang membaiki tahap
kehidupan sesuatu etnik itu mungkin dilihat oleh etnik lain sebagai salah satu
percubaan untuk membolot atau memonopoli dan mengikis hak-hak kaum lain sebagai
hak bersama.

            Selain itu, faktor ekonomi dilihat
sebagai salah satu faktor utama tercetusnya konflik etnik ini.  Persaingan untuk mendapatkan sumber yang
terhad adalah faktor umum dalam hampir kesemua etnik.  Dalam pelbagai masyarakat etnik seperti
Malaysia dan Indonesia, masyarakat etnik akan hebat bersaing untuk mengumpul
harta, memelihara hak, pekerjaan, pendidikan, bahasa, kemudahan sosial dan
kemudahan mendapatkan kesihatan yang baik. 
Sebagai contoh kita dapat lihat daripada kajian Okwudiba Nnoli (1980)
yang menghubungkan faktor sosio ekonomi dengan konflik etnik di Nigeria.  Menurut A.S. Furnival yang dikutip di Nnoli
(1980 : 72-3), “kerja-kerja kekuatan ekonomi membuat ketegangan antara kumpulan
yang mempunyai kepentingan bersaing”. 

Terdapat
juga isu perundangan di mana kita dapat lihat beberapa isu yang memerlukan
campur tangan sistem perundangan yang gagal memuaskan hati sesuatu etnik yang
dilihat mungkin satu bentu ancaman atau percubaan untuk menganiaya meraka.

Faktor
lain tercetusnya konflik etnik ini ialah autonomi
daerah (Thomas Benedikter –
Szekler National Council).  Di sini akan berlakunya
perebutan kawasan antara etnik majoriti atau minoriti yang masing-masing mempertahankan
kedaulatan etnik serta rasnya.  Mereka menjaga
harga pusaka, tanah, tempat dan sedaya upaya memperjuangkan hak untuk memiliki
sesuatu dari kawasan atau daerah yang diduduki. 

Konflik
etnik ini sememangnya akan sentiasa berlaku di setiap negara jika ianya
melibatkan ketidakadilan dalam mendapatkan keperluan asas hidup, keamanan,
ketidakseimbangan ekonomi.  Keperluan
asas manusia yang dinafikan kepada rakyat akan membibitkan konfrantasi yang
boleh melarat kepada pertempuran yang ganas. 
Pengurusan konflik perlu dikaji dan difahami dengan lebih mendalam oleh
masyarakat dan pihak berwajib pada masa akan dating supaya lebih bijak dalam
menangani sebarang isu etnik yang timbul dari pelbagai sumber konflik supaya
tidak membawa kepada konfrantasi.