HALATUJU rapat dengan Islam dan Islamlah yang menjadi ciri

HALATUJU
POLITIK MELAYU DAN ISLAM PASCA PRU14

Oleh:
Solehah binti Muhamad Rezali

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Tidak
dapat disangkal, politik mempunyai peranan sejarah yang signifikan dalam
perjalanan kebangkitan sesebuah negara bangsa. Jatuh dan bangunnya sesebuah
negara bangsa sangat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan politik
semasa. Namun, perkembangan dan kemelut politik negara secara langsung
menunjukkan kepimpinan yang sentiasa berdepan dgn konflik yang seperti tidak
kunjung noktah. Kupasan tajuk halatuju politik Melayu dan Islam membuka ruang
perbahasan akan peran yang harus dimainkan oleh gerakan parti-parti

 

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang
Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah)
kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Ibrahim ayat 4).

 

Petikan
ayat Al-Quran di atas menerangkan peranan dan tuntutan agama Islam dalam
kepimpinan dan hubungkaitnya dengan perlantikan pemimpin setempat untuk
keharmonian. Wajar untuk masyarakat melihat politik sebagai wadah memperkukuh
kekuatan Islam di negara ini. Ikatan unik antara Melayu dan Islam
diabadikan secara jelas menerusi sejarah dan perlembagaan, disokong teguh oleh tokoh
hebat, YM Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam karyanya, Islam
dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Islam jua yang memperkenalkan dunia Melayu
kepada budaya ilmu dan pemikiran hikmah yang menolak fahaman tahyul dan mitos.
Islam jua yang memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia luar, baik Timur
mahupun Barat, sehingga memungkinkan bangsa Melayu mengadun, menempa dan
membina sebuah kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah. Islamlah juga yang
menyempurnakan fahaman keperibadian sendiri, mengemaskinikan ‘Fahaman
Kebangsaan Melayu’ dan menjadi faktor pemersatu (the unifying force)
orang-orang Melayu di rantau ini.

Kekuatan
jati diri masyarakat Melayu bergantung pada kekuatan akidah dan sejauh mana
individu tersebut berfikir dan beramal dengan akidah dan keimanannya terutama
mengenai perkara-perkara asasi tentang ketuhanan, alam, kehidupan dan manusia.  Sehubungan itu, bangsa Melayu adalah bangsa
yang amat rapat dengan Islam dan Islamlah yang menjadi ciri kekuatannya. Cubaan
untuk menguatkan orang Melayu dengan unsur-unsur lain selain Islam hanya akan
melemahkan orang Melayu. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang tidak mudah
untuk mengalah demi mempertahankan keislamannya.

 

Persoalan
besar, sudah kukuhkah kedudukan orang Melayu pada hari ini? Jika tidak kukuh,
di manakah kedudukan bangsa Melayu kini? Jika tidak kukuh juga, bangsa mana
yang boleh kita harapkan untuk membela perjuangan Islam di rantau ini?

 

Jawapannya
ialah, hasrat untuk mengangkat kesatuan umat Melayu sebagai prasyarat
kebangkitan Islam wajar untuk dijadikan hasrat bersama terutama pasca pilihan
raya umum 14. Jika sebelum kemerdekaan, umat Melayu mampu bersatu berjuang
menuntut kebebasan daripada cengkaman penjajah, melalui tokoh-tokoh seperti
Dato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela, Tong Janggut dan Mat Salleh, mengapa tidak
hari ini diteruskan perjuangan kita atas nama Melayu dan Islam. Justeru,
kesatuan dan tahaluf antara gerakan-gerakan serta parti-parti politik Melayu
Sangat Perlu Demi mengangkat dan menjaga agama Islam serta nilai-nilaiNya.
Meski proposal untuk membina kerjasama perpaduan antara proksi Melayu dilaung
sentiasa, namun ianya masih belum tertunai sehingga hari ini.
Walaubagaimanapun, cadangan ini tidak mustahil untuk dapat dijalinkan walaupun
sedikit mengambil masa, yang penting untuk kemaslahatan majoriti.

 

Argumen
minoriti mengenai kebajikan agama lain di bawah kepiminan melayu dan islam
terbukti ternafi semasa insiden banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang,
apabila masjid menjadi pusat perlindungan sementara buat golongan bukan Melayu
dan bukan Islam. Hal ini menjadi simbol dan menzahirkan keterbukaan Islam dalam
aspek ihsan dan keutamaan untuk keharmonian sejagat. Kerjasama yang jitu perlu
dibentuk dengan kerjasama semua pihak, merentas kaum dan bangsa, bagi
memastikan keberjayaan dalam membina kekuatan dan menjaga kebajikan rakyat.

Justeru
itu, jika parti bukan Islam dan parti Islam mampu bekerjasama untuk mengatasi
isu kebajikan dan kemanusiaan seumpama ini, adalah tidak mustahil bagi sesama parti
politik Islam, berjabat tangan dan menyahut seruan kerjasama untuk kemaslahatan
yang lebih dari sekadar isu kemanusiaan, yakni keberjayaan kepimpinan secara
total. Kesepakatan umat Melayu menjadi harapan pendaulatan agama Islam dan
pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sejagat. Wassalam.

 

“MELAYU
SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT”

“MEMBINA
NEGARA, MEMAKNAI ISLAM”