Menurut ketara daripada segi aspek sosial dan politik. Teknologi

Menurut Maegaret
dan Howard (2013), teori modenisasi digunakan untuk menerangkan tentang
perubahan yang berlaku terhadap sesuatu masyarakat rentetan daripada perubahan
teknologi yang mereka hadapi. Kemodenan daripada perspektif Barat disandarkan
kepada transformasi daripada keadaan masyarakat yang tradisional kepada keadaan
yang lebih baik. Keadaan yang lebih baik yang dimaksudkan terlihat dari segi
perubahan yang tampak (perubahan material) dan perubahan yang abstrak
(perubahan pemikiran dan perwatakan). Suatu masyarakat itu dianggap telah
mengalami modenisasi apabila anggota masyarakatnya dapat menerima arus
kemodenan seperti pendidikan moden dan bekerja dalam bidang perindustrian dan
pembuatan.

Robertson (1992)
pula menerangkan teori modenisasi mula diperkenalkan selepas berlakunya
peristiwa perang dunia kedua (1939-1945). Menurutnya, pembangunan dan hala tuju
masyarakat yang mendiami benua Amerika Syarikat dan Eropah Barat mula berubah
akibat daripada perkembangan revolusi industri di mana sektor perkilangan mula tumbuh
dengan rancak. Hasil daripada modenisasi yang dialami, anggota masyarakat di
kedua-dua benua ini mengalami perubahan yang ketara daripada segi aspek sosial
dan politik. Teknologi perang yang dibangunkan semasa era peperangan diubah
menjadi barangan komersial untuk memudahkan kehidupan masyarakat umum. Teknologi
yang sebelum ini dijadikan alat untuk memusnahkan kehidupan, ditransformasikan
menjadi alat yang membantu mereka membina semula kehidupan yang telah musnah
akibat daripada peperangan yang dihadapi sebelumnya. Bandar-bandar dan kawasan
yang telah musnah dibangunkan semula dan hasil daripada usaha yang mereka
lakukan itu, negara-negara tersebut kini mempunyai taraf kualiti kehidupan yang
sangat baik.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Akibat daripada
perubahan itu juga, masyarakat Barat telah mula meninggalkan pemikiran
tradisional supaya mereka dapat membangunkan semula kehidupan yang baharu.
Perubahan ini telah mentransformasikan cara mereka berfikir dan mereka dapat
menghasilkan inovasi yang berbeza daripada yang terdahulu. Mereka juga telah meninggalkan
sistem kehidupan tradisional yang diamalkan sebelumnya untuk mempercepatkan
lagi proses perubahan itu berlaku dalam kehidupan mereka. Mereka mula
mengamalkan corak kehidupan moden yang dapat kita gambarkan melalui perubahan
yang berlaku di sekitar kehidupan mereka seperti kewujudan kemudahan-kemudahan
awam, bangunan-bangunan pencakar langit, sistem pengangkutan, sistem komunikasi
dan sistem pendidikan. Hal ini menjadi bukti yang mana perkembangan teknologi
membawa kepada perubahan daripada segi fizikal dan cara berfikir masyarakat.

Dalam penulisan
ini, teori modenisasi digunapakai untuk menjelaskan mengenai perubahan kesan
yang dibawa oleh media baru yang berlaku terhadap masyarakat pada era kini.
Kesan yang dimaksudkan bukanlah pada kemudahan dan kemajuan yang dikecapi,
(walaupun tidak dapat kita nafikan kelebihan yang dibawa oleh kemodenan) namun
pada permasalahan sosial yang telah disebarkan bersama-sama melalui
perkembangan media baru. Satu fakta yang tidak dapat kita sangkal adalah
penembusan arus kemodenan yang dibawa melalui saluran  teknologi media telah mengubah corak hidup
masyarakat walaupun mereka tinggal di kawasan kampung. Perubahan ini
ditafsirkan seolah-olah mengikut acuan kehidupan masyarakat Barat, tempat
lahirnya idea dan cara pemikiran moden yang mana nilai-nilai mereka yang
antaranya bersifat materialistik dan hedonistik diserap masuk ke dalam rumpun
masyarakat Timur.