Teori-teori kita mampu mengetahui dan memahami bagaimana sesuatu fenomena

Teori-teori
yang ada dalam praktis kerja sosial sebenarnya bukanlah teori tetap kerja
sosia. Tetapi sebenarnya kesemua teori yang ada dalam praktis kerja sosial
adalah dipinjam dari bidang sosiologi dan juga psikologi. Konteks tempatan
banyak dikaitkan dengan teori. Teori-teori yang wujud ini adalah berasal dari
negara Barat. Contoh negara Barat yang telah menghasilkan teori adalah Eropah,
Amerika Syarikat dan sebagainya. Kebanyakan teori yang dihasilkan adalah
menjurus kepada manusia iaitu aspek dalaman manusia. Setiap teori yang
dihasilkan mempunyai fokus utama. Fokus utama boleh didefinisikan sebagai
perkara pertama yang kita tumpu dan benar-benar ingin tahu. Antara fokus utama
teori ialah berkaitan interaksi dalaman individu. Interaksi dalaman individu
yang dimaksudkan seperti keinginan, perasaan, pemikiran, dan tingkahlaku
manusia.

            Menurut kamus dewan edisi keempat,
teori didefinisikan sebagai    pendapat
bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan degan kukuhnya yang dikemukakan
untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. banyak dikemukakan menge­nai
kehidupan pada masa prasejarah. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang
menjadi dasar pembentukan perkembangan sesuatu pengetahuan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Selain itu, ada tokoh yang menyatakan
bahawa teori ialah “satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling
berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan
memperincikan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan
dan meramalkan fenomena tersebut” (Kerlinger, 1973:9). Menurut Kerlinger, kita
akan dapat tahu bila akan berlaku sesuatu fenomena apabila kita benar-benar
memahami pertalian yang wujud antara dua konsep atau mungkin lebih. Hal ini
demikian kerana, sesuatu teori akan mempunyai lebih daripada satu konsep di
mana konsep itu akan berkait antara satu sama lain (Idid, 1992). Dengan adanya
teori, kita mampu mengetahui dan memahami bagaimana sesuatu fenomena itu
berlaku (Idid, 1992). Bagi pengkaji,
sebab mereka menerima teori sebagai satu panduan kerana mereka boleh
menjalankan penyelidikan.

Selain itu, teori mempunyai beberapa
ciri-ciri. Antara ciri teori ialah ia adalah kenyataan yang bersifat tetap dan
teratur. Seterusnya, cara teori dinyatakan haruslah jelas, sempurna, dan mudah
mengenai apa yang berkaitan dengan teori tersebut. Jika tahap keperincian teori
itu semakin tinggi maka semakin tinggi jugalah peluang untuk teori itu diterima
oleh para ahli. Para ahli tersebut ialah para ahli sains sosial. Ciri ketiga
teori pula adalah ia tidak seharusnya ada percanggahan antara satu teori dengan
teori yang lain. Hal ini demikian kerana, apabila berlaku kejadian seperti ini
maka ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan jika dibandingkan dengan jawapan.
Ciri akhir teori ialah setiap teori perlulah mempunyai konsep. Hal ini kerana,
konsep yang ada tersebut akan membolehkan pengkaji melakukan ujian. Teori yang
baik ialah teori yang telah diuji dan sering diuji dan sentiasa akan diuji.
Jelaslah bahawa, teori merupakan suatu kenyataan yang tidak akan muktamad. Hal
ini demikian kerana, teori akan sentiasa diuji dan terus-menerus diuji (Idid, Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan
Sains Sosial, 1992).

Menurut praktis kerja sosial, teori
dibuat untuk merungkai sesuatu persoalan dan ia dibuat dengan proses yang
teratur dan tersusun. Contohnya, apakah betul ibu bapa yang mengguna dadah akan
melahirkan anak-anak yang juga pengguna dadah? Secara hipotesisnya, ibu bapa
yang mengguna dadah mempunyai peluang yang tinggi untuk melahirkan anak-anak
yang juga pengguna dadah. Seterusnya, dengan adanya teori, manusia menjalankan
kefungsian sosial mereka. Hal ini demikian kerana, teori adalah peraturan hidup
atau pedoman.  Contohnya, bagaimana untuk
membantu mereka yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang? Teori dibuat
berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Malah, jika ia bertukar secara abstrak
maka ia perlu dikaji. Cara teori akan dikaji ialah secara saintifik. Hal ini
terjadi kerana untuk menilai teori tersebut 
boleh menerima atau menolak pemerhatian yang abstrak itu. Abstrak boleh
didefinisikan sebagai sesuatu yang kurang jelas. Menurut Kamus Pelajar Edisi
Kedua, abstrak diertikan sebagai tidak dapat dirasa atau dilihat dengan mata
kasar atau pancaindera namun hanya terdapat dalam fikiran. Contohnya, tentang
sesuatu pengertian seperti kejujuran, kecantikan dan kesetiaan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Contohnya, lelaki
ialah kaum yang kuat. Teori dibentuk dari pelbagai konteks. Antaranya, konteks
sejarah, sosial dan budaya. Disebabkan itu, ada sesetengah teori yang bersifat
bias terhadap budaya, kelas, gender dan sebagainya. Masalah akan terjadi jika
teori diaplikasikan secara universal oleh manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2       Kepentingan Memahami Teori

 

Terdapat pelbagai kepentingan apabila
memahami teori. Antara kepentingan memahami teori ialah dapat menolong pekrja
sosial memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu hal. Contoh hal yang akan
pekerja sosial faham dengan lebih mendalam ialah perkembangan
keseluruhan individu, konflik dan tekanan dalaman individu, asas semulajadi
dalam tingkahlaku individu, dinamik dalaman individu, serta transisi atau
peralihan yang dilalui oleh individu.          Kepentingan
seterusnya ialah dengan memahami teori, pekerja sosial boleh menggunakan dan
mengaplikasikan ia ke dalam praktis kerja sosial. Hal ini demikian kerana,
setiap kes yang berlaku amat sukar untuk dirungkaikan dan diselesaikan. Dengan
memahami teori, pekerja sosial akan berasa mudah untuk selesaikan kes klien
disebabkan oleh teori yang boleh merungkai segala persoalan yang wujud oleh
setiap-setiap kes. Selain itu, kemahiran pekerja sosial dalam melakukan proses
pertolongan juga akan meningkat. Hal ini terjadi kerana, teori dapat membantu pekerja sosial dalam melakukan proses
pertolongan. Setiap teori mempunyai makna
yang tersendiri.

            Pekerja sosial dibantu oleh teori
merupakan salah satu daripada kepentingan memahami teori. Hal ini demikian
kerana, setiap pertolongan yang dilakukan oleh pekerja sosial yang professional
haruslah bersifat professional. Hal ini kerana pekerja sosial yang professional
tidak boleh melakukan proses pertolongan hanya menggunakan prinsip “common
sense”. “Common sense” merujuk kepada berbuat sesuatu atau menyelesaikan
sesuatu keadaan tanpa mempedulikan akan orang lain ataupun mementingkan diri
sendiri. Contohnya, seorang pekerja sosial menyelesaikan kes klien atau
melakukan proses pertolongan terhadap klien seperti melepaskan batok di tangga.
Ini bermaksud, pekerja sosial itu menyelesaikan kes itu sambil lewa dan tidak
mementingkan kompetensi yang perlu ada ketika dia membuat proses pertolongan.
Pekerja sosial menerima klien dan membantu klien menyelesaikan kes namun dalam
masa yang sama pekerja sosial tidak memberi senyuman walau sedikit kepada klien
tersebut. Hal ini akan menyinggung perasaan klien dan membuat dirinya berasa
tidak dihargai. Seterusnya, dengan memahami teori, pekerja sosial dapat
menyokong intervensi yang dibuat olehnya dengan menggunakan teori yang
berkaitan dengan permasalahan atau kes klien. Contohnya, klien tersebut
terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Maka pekerja sosial akan mengaitkan kes
tersebut dengan teori yang berkaitan. Contoh teori untuk kes tersebut ialah
teori sistem. Hal ini demikian kerana, pekerja sosial boleh membuat penilaian
ke atas semua pihak untuk mencari punca utama yang menyebabkan klien terlibat
dalam penyalahgunaan dadah. Setiap klien yang menghadapi sesuatu masalah adalah
disebabkan sesuatu hal yang tidak semua orang tahu. Masyarakat akan menilai
klien tersebut dengan nilai negatif tanpa melakukan usul periksa. Namun bagi
pekerja sosial yang professional dan juga kompeten, pekerja sosial akan selidik
segala hal tentang klien tersebut dan dapat mencari punca sebenar berlaku
sesuatu perkara tersebut. Jelas di sini bahawa pekerja sosial yang kompeten
tidak akan sewenang-wenangnya membuat spekulasi tentang sesuatu kes tanpa
disiasat secara mendalam ditambah pula dengan teori untuk menyokong proses
pertolongan yang dilakukan oleh pekerja sosial tersebut. Ini merupakan salah
satu matlamat umum dalam profesion kerja sosial. Jelaslah bahawa profesion
kerja sosial amat berbeza jika dibandingkan dengan profeseion pertolongan yang
lain kerana setiap perkara yang pekerja sosial akan siasat adalah secara
mendalam dan professional.